CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, July 5, 2008

Adakah kita muslim ataupun mukmin?

"kullu mukmin muslim..walaisa kullu muslim mukmin.."

Ertinya: "setiap orang yang beriman itu adalah orang islam tetapi tidak semestinya setiap dari orang islam itu adalah orang beriman.."

Lumrahnya kehidupan masa kini..darjat seseorang itu dinilai hanya pada zahirnya, tetapi tidak dinilai dari hati dan peribadinya. manusia senang mengungkapkan kata-kata namun sukar membuktikan pada perbuatan. ramai di kalangan kita menganggap bahawa agama islam ini hanya memadai dengan mengucap dua kalimah syahadah walhal mereka tidak tahu apakah nikmat sebenar yang terkandung pada lafaz suci itu."ash hadu alla ilaa ha illallah..wa ash hadu anna muhammad ar rasulullah.." ertinya: "aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi muhammad pesuruh Allah.." penyaksian ini adalah tauhid kita sebagai umat nabi muhammad SAW. namun tidak ramai yang dapat menghayati kalimah tauhid ini. kadangkala ada yang terlupa dengan kalimah ini apabila diminta untuk mengucapkannya..di zaman ini lebih ramai muslim daripada mukmin..kenapa saya katakan demikian? kerana kehidupan kita kini terlalu banyak dihiasi dengan perkara-perkara 'lagho' yakni perkara yang melalaikan dan tidak mendatangkan manfaat kepada kita. zaman semakin moden dan hebat..semua manusia juga berlumba untuk menjadi yang terhebat. berlumba untuk mengumpul harta..berlumba untuk jadi popular..berlumba untuk mendapat nama dan pangkat..kerana itu semakin hari kita lupa bahawa diri kita hanyalah seorang hamba Allah yang serba lemah dan daif. pepatah mengatakan 'jika engkau inginkan kekayaan, genggamlah dunia..jika engkau inginkan syurga genggamlah akhirat..jika engkau inginkan kekayaan dan syurga genggamlah dunia dan akhirat. tidak salah untuk mengejar dunia tetapi keduniaan telah banyak menyebabkan kita menjadi hamba yang lupa pada diri. oleh itu jika kita inginkan keduanya, pastikan akhirat yang utama disamping dunia sebagai tempat kita mencari rezeki dan tempat untuk meneruskan kehidupan..jadilah seorang hamba yang hebat di mata dunia dan hebat di mata Allah..tunaikan hak kita kepada yang maha pencipta nescaya Dia akan berikan hak kita sebagai hambanya..yakinlah!

0 comments: