CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, July 5, 2008

Jangan disakiti insan itu..

Aku tiba di satu lorong..ku lihat seorang wanita tua duduk di pinggir jalan. tidak mengemis dan tidak juga meminta-minta. tetapi wajah tuanya sudah cukup menggambarkan segalanya.. jarakku dengannya tidaklah begitu jauh. aku ingin menghampiri wanita tua itu untuk bertanya kenapa bersedih..di mana rumahnya.. aku menyusun langkah..belum sempat kaki ku melangkah..seorang lelaki berpakaian kemas mengheret kasar lengan wanita tua itu sambil berkata: engkau tak faham bahasa ke?!! aku suruh engkau berambus! ya Allah..aku terpaku menyaksikan apa yg sedang berlaku di hadapanku. siapakah wanita tua itu? dan siapakah lelaki itu? aku semakin ingin tahu. lelaki itu masih mengheret lengan wanita tua itu dengan kasar sekali sambil menyembur kata-kata penghinaan kepada wanita tua itu. aku tidak tergamak melihatnya. tergambar kesakitan di wajah wanita tua itu. aku meneruskan langkah ke hadapan mengekori mereka. aku terdengar lagi: engkau ni orang tua tak tahu malu! menyusahkan aku!! astaghfirullah...mengapakah insan tua itu harus diperlakukan seperti itu..lelaki itu kemudian menolak wanita tua itu sehingga jatuh tersungkur sambil berlalu pergi. aku menyoroti langkah lelaki itu dengan anak mataku..ku lihat lelaki itu segera masuk ke dalam sebuah banglo mewah. orang berada rupanya..hatiku berkata. aku segera berlari mendapatkan wanita tua itu dan menyoal: mak cik tak apa-apa? ku bantu sedayaku. lengan dan lututnya berdarah. aku segera mencapai tisu di dalam beg tangan ku. tanpa ku sedari ada manik jernih berguguran di pipiku. seolah hatiku tersayat melihat keadaan wanita tua itu. tubuh wanita tua itu menggeletar. aku sedikit panik dan terus berkata: saya bawa mak cik ke klinik ye.. wanita tua itu mengukir senyum dan menjawab dengan lelah: mak cik tak apa-apa nak..cuma lapar dan dahaga..hatiku tersayat lagi. tanpa berkata apa-apa aku segera memapah wanita tua itu. kebetulan ada sebuah teksi melewati kawasan itu. aku segera menahan teksi itu dan berkata: tolong hantar kami kat kedai makan yang paling dekat ye.. tubuh wanita tua itu masih menggeletar. aku yakin dia pasti lapar yang amat sangat. manik jernih gugur semakin laju. aku belum sempat bertanyakan apa-apa tentang gerangan lelaki sebentar tadi. setelah hampir 10 minit, kami tiba di sebuah restoran. aku segera membayar tambang teksi. ku papah wanita tua itu menuju ke dalam restoran. aku segera memesan makanan dan minuman. tidak sampai 3minit, makanan sudah terhidang. aku berkata: mak cik makan ye.. wanita tua itu menjamah dengan berselera. aku biarkan. belum mahu menyoal itu dan ini. wanita tua itu makan sambil ku lihat airmatanya berguguran. aku tidak berkata apa-apa dan tidak juga menyoal. tiba-tiba wanita tua itu berkata: dia anak yang mak cik lahirkan 30 tahun dulu..aku tersentak.hatiku dilanda kesayuan yang maha hebat. masih ada insan yang bergelar anak berhati haiwan di dunia ini..rupanya wanita tua itu di seksa hanya kerana anaknya tidak mendapat bahagian dari harta pusaka peninggalan arwah suaminya. penderitaan dan kesakitan jelas tergambar di wajah tua itu. dipukul dan tidak diberi makan. tergamaknya seorang anak yang tidak sedar diri memperlakukan ibu yang bertarung nyawa sewaktu melahirkannya. sungguh hina perbuatan anak yang lupa pada akhirat. semoga ini menjadi iktibar padaku dan kalian semua. sayangi dan hargailah orang tua selagi mereka masih ada..

1 comments:

shayna said...

mesej yg bgs utk ANAK2 YG XMENGHARGAI ibu bapanya...ingatlah! setiap perbuatan PASTI ada BALASANNYA..